Wednesday 6 July 2011

ilmu itu indah

membaca dan terus membaca untuk menambahkan pengetahuan mengenai BF..
kepada support group n bloggers yg byk memberi info terbaek,trima kasih diucapkan,,
semoga apa yg terbaek untuk si kecil di berkati ALLAH..ameen,,

info berguna dan amat jelas dr lunatots..


Dan terus menyusukan walaupun kembali berkerja.
Selamat membaca!

Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.
Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.
Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.
Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).
Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.
Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.
Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.
Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.
Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.
Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.
Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya
Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.
Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.
7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.
Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.
Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.
Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.
Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.
Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.
Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.
Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.
Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.
Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).
Cadangan kaunselor kepada pengasuh, elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.
Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.
Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.
Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.
Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.
Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.
Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.

Monday 4 July 2011

basic handwriting

aktiviti untuk meningkatkan kemahiran khalifah kecil untuk memegang objek dengan baek dan meningkatkan kemahiran motor mereka, merangkumi latihan otot tangan,jari dan koordinasi mata dan tangan yang perlu di dedahkan sejak kecil lg.mereka ble menguasai kemahiran kemahiran menulis dengan selesa..dan secara tak langsung dpt mengajar khalifah kecil untuk menulis dengan baek,dan kemas nnt.insyaalah,,

Pictures can tell you everything..hehehhe




omen(ultraman)ahhahaha

Kyra ajar Amad lukis omen n obob(spongebobo)hehehe

Tidur untuk Sihat:)



Tidur adalah waktu penting untuk pertumbuhan si kecil.
75% hormon pertumbuhan si kecil dikeluarkan ketika anak sedang tidur.
hormon ini berfungsi untuk merangsang pertumbuhan tulang,metabolisme badan dan otak.
Pastikan si kecil dpt waktu tidur dan rehat yag secukupnya....

So,si ibu xperlulah klu si kecil suka tidur,,hehe..ZZZZZZZzzzzzzz

Info Sihat

Gaya Tidur Bayi

Pada keseluruhannya, bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, ia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari, 2-4 jam terus menerus di antara waktu makan.


Gaya Tidur
Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri.
  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16-20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4-5 jam bergantung kepada daya tahan lapar.
  • Tiada jadual tidur yang tetap untuk bayi yang baru lahir. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu 6-8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bunyian jika tidak nyenyak tidur. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau pada ganggguan ini kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis berterusan selama beberapa minit, anda perlu memberi perhatian. Bayi mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa perhatian yang berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
Posisi Tidur
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah "TIDUR TERLENTANG" dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.

Tempat Tidur
Cadangan tempat tidur bayi :
  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada isian dan pengadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
  • Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika jaga untuk perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
Mengikut laporan, bayi yang berkongsi katil dengan orang lain boleh membahayakan bayi tersebut. Ikutilah panduan-panduan berikut:-
  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa untuk memudahkan penyusuan ibu dan sentuhan.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas/longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit.
  • Orang dewasa selain dari ibubapa, anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang akan membahayakan penjagaan bayi.
Membantu Bayi Tidur
Anda boleh menidurkan bayi anda dengan mengenalpasti masa yang sesuai untuk tidur dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.
  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
  • Pakar menasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialih ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar tidur dengan sendiri.
  • Memainkan muzik yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur, dengan muzik ia boleh membentuk jadual tidur berkala.

Sunday 3 July 2011

HAK Si Kecil Dlm ISLAM

oleh:Mohd Rumaizuddin Ghazali
http://www.mindamadani.my/content/view/176/2/



 
Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan

Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.
Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang 
Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuan
Ibubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-Quran
Rasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala mini
Ibubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.
Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".

Baby Walker Banned at Rumah Khalifah Kecil..hehe

sebelum ni,sgt teruja nk bg khalifah kecil msk walker,,dlu penah dengar talk NURY,x elok sgt bagi si kecil gna walker,tp wat xendah je,,hehhe,,tp skrg dh insap,,cari punya cari info psl walker,sbnrnya mmg x disarankan oleh pakar2 sbb penggunaan walker mungkin akan melambatkan si kecil untuk belajar berjalan dan melemahkan rangsangan untuk bergerak sendiri..tmbahan pulak,akan buat si kecil cpt bosan n xble gerak bebas
Kesian khalifah kecil kn,,hehhehe,,terpaksa naek jgk bnda alah tu dlu,,,mnyesal pon ada,,tp lps dh tau,no more walker ok,,so khalifah kecil can explore ruang dgn lebih bebas..boleh duduk,berdiri,bermaen,merangkak tnpa ada sekatan..lalallalalal~~
sedar tak sedar,kat malaysia ni byk dh kes baby injured sbb Walker..tp byk ja walker yang cun2 kat pasaran,,teruja jgk tgk walker skrg,sbb da mcm playgym pon ada,siap gantung toys yg cute2,,hehe,,mcm2 pattern skrg,,suka,,tp xpe,,skrg xble pk psl walker dh,,cm rugi ja dh bg walker kt khalifah kecil,,hoho,kesian n nyesal sgt2..sbb dh penah kna letak khalifah kecil dlm walker,,:(



~wagon can help si kecil to walk~


Byk ja alasan bg time nk letak si kecil dlm walker,sbb nk bg si kecil mudah nk gerak la,nk bg cpt jln la,nk senang wt keja la,,sbnrnya semua tu amatlah TIDAK membantu tumbesaran si kecil.malahan membantu si kecil untuk tidak terangsang untuk sesuatu perkara ..
Parents ble cr alternative laen untuk tlg si kecil untuk cepat jln,,selalu bg semangat untuk si kecil adalah sgt penting untuk si kecil,si kecil akan merangkak dan cuba untuk berdiri pada meja2 rendah ataw amat di sarankan penggunaan wagon untuk membantu si kecil untuk belatih berjalan pabila dia nk belatih dan xperlu untuk tggu bantuan dr parents ataw org laen..scr tidak lgsung,kita ble menolong si kecil untuk membina confidence,balance kn badan, dan yang plg penting,membenarkan sikecil untuk membesar secara natural bergantung kepada kebolehan sendiri.
 ~learn fr. da mistakes~

Saturday 2 July 2011

bayiku sebaya tetapi berbadan kecil

ini sering dibualkan oleh semua ibu..klu jumpa dengan si ibu yg laen,confirm akan bincangumur si kecil,dh brpa bulan,beratnya berapa etc,,si ibu akan dengan bangganya menceritakan perkembangan si kecil mereka,.and  sometimes compare anak org tu kecil la,xcukup mkn la etc,,tp semua tu lumrah,,
untuk menghadapi perbualan sosial kaum ibu,si ibu yang membekalkan sepenuhnya susu ibu kpd si kecil perlulah kuat kerana pertumbuhan si kecil amatlah berbeza dr yang laen,terutama si kecil yang sepenuhnya mendapat susu ibu dr susu formula..but no worries..si kecil just need breastmilk dr ibunya..thants the best..perkembangan si kecil berbeza beza..just make sure si kecil dapat susu dgn secukupnya...means give on demand and proper lacth on.klu risau pasal berat si kecil,lebeh baek bwk si kecil jumpa Doctor..klu terlalu compare kan si kecil dengan yang laen,buat sakit kepala ja,,byk mslh nnt,,susah hati,give up pon ada nnt,,you know that you given the best to si kecil that is your milk...as long as si kecil dlm track(baby weight)should be no problem..insyaallah,,keep on breastfeeding..
Everyone is struggling to do the best for their si kecil..sy rs
the best is to equip mothers with knowledge.Read alot seek for advise and be strong..chaiyok2!!

BF vs formula

amat tersentap pabila bc satu artikel mengenai peratusan ibu yg membekalkan sepenuhnya susu ibu terhadap si kecil amatlah rendah berbanding pemberian susu formula.Semuanya terjadi kerana kekangan masa,kekurangan susu,penjagaan  etc..
sebenarnya semuanya insyaallah boleh diatasi dengan azam dan semangat si ibu untuk memberi sepenuhnya susu ibu kepada si kecil dan beserta doa kepada Allah..
teringat satu kisah di mana 
pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW dan mengaku depan baginda,dia telah berzina hingga melahirkan anak.dia meminta supaya dirinya dihukum sebaliknya,Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah
menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahun.kemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

ini bermakna,Rasulullah juga amat menitik berat hal penyususan si kecil.
mendapat sepenuh peruntukan susu ibu pada 6 bulan pertama adalah 'hak' si kecil yang tidak patut dipisahkan,kesian si kecil kan,:(.....
bg saya pengetahuan dan kefahaman membekalkan sepenuhnya susu ibu terhadap si kecil amatlah kurang di Malaysia..
Si kecil di beri susu lembu sebagai makanan sampingan mereka,,walhal dalam Islam ada menyatakan susu kambing adalah susu kedua terbaik untuk si kecil setelah susu ibu,,tetapi sy rs susu gantian atau susu formula dr susu kambing amatlah kurang di negara kita,,yg ada pun harganya lebeh tinggi dr susu lembu biasa.
tapi adat hidup,,semua yang baek mmg la perlukan pelaburan yg lebeh..
so,klu nk mudah n senang,bg sy,bekallah susu ibu.mudah dan jimat,dan yang penting,amatlah sihat untuk pertumbuhan si bayi..Bg kaum ibu yg bekerja,boleh membekalkan stok EBM kepada Babysitter untuk di berikan kepada sikecil,,sekarang dah byk brand dan harga untuk Breast pump,,semua tu bergantung kepada kualiti breast pump n kemampuan si ibu untuk membeli..pilih ja yang mna terbaek,tp asalkan boleh untuk memberikan susu ibu sepenuhnya kepada si kecil,,
xpyh susah2 nk pk susu formula yg mna lg baek,yg tinggi DHA,GHA,probiotik dan sebagainya..
kaum ibu boleh menyusukan si kecil dengan susu ibu shj,boleh melalui direct feeding atau perahan(Expressed breast milk-EBM).
kaum ibu boleh bermula dr hr pertma sehingga 6 bulan(fully breastfeed)dan sehingga 2 tahun walaupon si kecil dah mula di beri solid food,,
InsyaALLAH,segala yg terbaek semuanya diberi keredhaan dr ALLAH,Ameen..

Friday 1 July 2011

:(

sgt sedeh klu tangan ni tuang stok2 EBM..rs sayang sgt,,wlpon 1oz,tp sgt byk bagiku,,apa taknya,nk dpt stok byk pon susah,,klu susu formula,senang ja dpt kt mall,tp EBM susah nk dpt,,
dpt info br dr diyaluna,klu nk dpt stok susu byk,kna pump ikut jadual,,kna wat jadual yg simple untuk diri sndr untuk pump susu,,hehhe,,info br,,so ble la lps ni ibu2 wat stok susu dgn byk dan bekalkan smpi umur si kecil 2 thn,insyaallah,,semoga berjaya ibu-ibu,,chaiyok2,,:))